Titian Ilmu
Membaca Jambatan Ilmu , Bahasa Jiwa Bangsa dan tuntutlah ilmu dunia dan akhirat :)

Thursday 21 July 2011

Karangan Jenis Menyambung Cerita

Ini adalah contoh karangan seorang murid semasa ujian .Saya rasa jalan ceritanya baik dan dikarang secara spontan.Namun begitu, karangan ini telah saya edit sebelum disiarkan.

Soalan:
Loceng sekolah berbunyi. Semua murid keluar dari kelas masing-masing untuk pulang ke rumah. Aku berjalan ke perhentian bas yang terletak di hadapan sekolah. Tiba-tiba...

Mulakan cerita anda dengan : Tiba-tiba ...

Tiba-tiba, aku terlihat ramai orang menuju ke arah perhentian bas . Aku mempercepat langkah . Ada murid sekolah kemalangan .

Hatiku berdebar, rasa-rasanya aku amat mengenali mangsa . Aku mendekati mangsa. Tidak syak lagi Aliya yang terbaring di atas jalan dengan berlumuran darah. Aku berlari mendapatkan sahabatku. Aliya seperti ingin menyatakan sesuatu padaku.

Tidak lama kemudian, ambulans pun tiba. Aku mengiringi Alya ke hospital . Aku melihat kepalanya berdarah dan badannya luka . Dia kelihatan lemah dan tidak bermaya.Alya segera dimasukkan ke wad kecemasan. Sementara menunggu , aku menelefon ibu bapanya .

Ketika aku sedang duduk menanti Alya , ibu bapanya tiba . Mereka tidak dapat menahan kesedihan. Aku menenangkan mereka. kemudian, seorang doktor keluar . Doktor memaklumkan keadaan Alya. Beliau meminta kami banyak berdoa . Alya masih tidak stabil. Dia kehilangan banyak darah.

Tanpa disedari, aku menangis . Aku berdoa semoga Alya selamat . Seterusnya , aku menelefon ibu dan ayah aku memaklumkan kejadian. Aku meminta kebenaran untuk menemani ibu bapa Alya.

Setelah penat menunggu, aku tertidur . Aku terjaga setelah terdengar bunyi riuh rendah . Kebanyakan saudara mara Alya sudah berkumpul di hospital. aku melihat kebanyakan mereka menangis. Seterusnya, aku terdengar mereka menyatakan Alya sudah meninggal dunia.

Aku seperti sedang bermimpi. Aku meminta kepastian daripada ibu Alya. Benar, Alya sudah meninggal . Aku reda kerana Allah lebih menyayanginya. Setiap yang hidup pasti akan mati.


Dikarang oleh : Nurfaizah bt Zamani
Tahun 6 UKM, SK. Sungai Petani,Kedah.

Sunday 17 July 2011

Sistem Bahasa

Kesalahan Umum Frasa Nama

a. Kesalahan hukum D-M

- Hukum D-M ialah hukum tentang cara kata-kata disusun supaya frasa nama
dapat dibentuk.
- D bermaksud unsur/perkara yang diterangkan atau subjek ayat.
- M bermaksud unnsur/perkara yang menerangkan atau predikat ayat
- Suatu frasa nama unsur D mestilah mendahului M kecuali nama-nama jawatan.

Ah Seng restoran terletak di persimpangan Jalan Melati. (X)
Restoran Ah Seng terletak di persimpangan Jalan Melati. (/)


b. Kesalahan dari segi bentuk jamak;

- Kata nama/frasa nama tidak boleh mengikut kata bilangan yang membawa maksud
banyak

Beberapa masalah-masalah berkaitan remaja perlu ditangani segera. (X)
Beberapa masalah berkaitan remaja perlu ditangani segera. (/)


- Kata nama/frasa nama tidak perlu digandakan menjadi penggandaan
berentak/kata nama ganda berentak
yang membawa maksud jamak tidak boleh hadir selepas kata bilangan tak tentu.

Di daerah ini banyak bukit-bukau. (X)
Di daerah ini banyak bukit. (/)


- Kata nama am/frasa nama am yang mendukung maksud jamak tidak perlu diulang.

Generasi-generasi muda hari ini semakin goyah keimanannya. (X)
Generasi muda hari ini semakin goyah keimanannya.(/)


- Kata nama/frasa nama yang didahului oleh kata bilangan yang membawa
makna/kumpulan tidak perlu diulang atau digandakan.

Kaum petani-petani itu sedang mengerjakan tanah. (X)
Kaum petani itu sedang mengerjakan tanah. (/)


- Kata nama majmuk yang membawa maksud jamak tidak perlu diulang sama ada
sebahagian atau keseluruhannya.

Sultan Mansur Shah suka mendampingi alim-alim ulama. (X)
Sultan Mansur Shah suka mendampingi alim ulama. (/)


- Kata ganti nama diri ketiga iaitu mereka tidak boleh diulang kerana sudah
membawa maksud jamak.

Mereka-mereka itu ialah kawan saya. (X)
Mereka itu ialah kawan saya. (/)


- Kata nama di bahagian subjek tidak perlu diulang jika unsur predikatnya
terbina daripada kata adjektif yang digandakan atau sebaliknya.

Baju-baju itu cantik-cantik belaka. (x)
Baju-baju itu cantik belaka. (/)
Baju itu cantik-cantik belaka. (/)


Sumber : http://www.cemerlangbm.com/v2/

Sunday 10 July 2011

Soalan Penulisan UPSR Bahagian B

HIMPUNAN SOALAN PENULISAN UPSR BAHAGIAN B ( 2005 HINGGA 2010 )


SOALAN TAHUN 2005



1 Kamu telah mengikuti Program Motivasi UPSR yang telah dianjurkan oleh sekolah kamu. Ceritakan pengalaman kamu semasa mengikuti program tersebut.

Jenis Karangan : Cereka/Gambaran

2 Pada cuti sekolah yang lalu, kamu berpeluang berkelah bersama-sama keluarga kamu di sebuah tempat yang menarik.
Tulis catatan kamu tentang perkelahan tersebut.

Jenis Karangan : Catatan

3 Rakan anda telah memenangi pertandingan bercerita peringkat daerah. Anda diminta menemuramah rakan anda itu tentang kejayaannya untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.
Tulis temu ramah anda selengkapnya.

Jenis Karangan : Dialog/Temu ramah


SOALAN TAHUN 2006


1 Penjagaan kesihatan diri sangat penting kepada kita.
Tuliskan karangan tentang cara-cara menjaga kesihatan diri

Jenis Karangan : Fakta

2 Kamu diminta untuk menyampaikan ucapan dalam majlis meraikan kejayaan kamu dalam satu pertandingan.
Tulis ucapan kamu selengkapnya.

Jenis Karangan : Ucapan

3 Kamu sedang berbual dengan seorang rakan tentang lawatan yang akan kamu sertai.
Tulis perbualan kamu itu.

Jenis karangan : Dialog/Temu ramah


SOALAN TAHUN 2007



1 Selepas makan tengah hari, kami sekeluarga duduk diruang tamu sambil berbual-bual. Tidak lama kemudian, sebuah teksi berhenti di hadapan rumah. Aku menjenguk keluar. Aku melihat ....
Mulakan cerita kamu dengan :
Aku melihat .....

Jenis Karangan : Melengkapkan cerita


2 Kamu mempunyai jiran-jiran yang baik.
Tulis karangan tentang kebaikan jiran-jiran kamu itu.

Jenis Karangan : Keperihalan

3 Sempena sambutan hari Kemerdekaan, satu pertandingan melukis telah diadakan di tempat tinggal kamu. Kamu telah ditugaskan untuk menulis berita tentang pertandingan tersebut.
Tulis berita itu selengkapnya.

Jenis Karangan : Berita


SOALAN TAHUN 2008


1 Kamu telah memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM500.00 dalam pertandingan lukisan.
Ceritakan cara kamu menggunakan wang tersebut.
Jenis Karangan : Keperihalan

2 Tulis sebuah karangan yang bertajuk “ Orang yang saya sayang”.
Jenis Karangan : Bibliografi

3 Ilmu sangat penting dalam kehidupan.
Tulis sebuah karangan tentang perlunya kita menuntut ilmu.
Jenis karangan : Fakta


SOALAN TAHUN 2009


1 Tulis sebuah cerita dan akhiri cerita kamu dengan ayat-ayat di bawah.
.....Rakan-rakanku mengucapkan tahniah kepadaku. Aku berasa gembira.
Jenis karangan : Cereka/Gambaran

2 Sekoalah kamu atau sekolah kawan kamu telah mengadakan temasya sukan tahunan.
Ceritakan suasana semasa temasya sukan dijalankan.
Jenis karangan : Gambaran/Keperihalan

3 Tulis sepucuk surat kepada abang kamu untuk menceritakan tentang persediaan yang kamu lakukan bagi menghadapi UPSR.
Tulis surat itu selengkapnya.
Jenis Karangan : Surat Kiriman tidak rasmi


SOALAN TAHUN 2010


1 Kamu telah membaca sebuah buku yang menarik. Tulis sebuah karangan tentang buku kamu yang telah kamu baca itu.
Jenis Karangan : Keperihalan

2 Kamu telah menyertai kem kecemerlangan UPSR yang telah dianjurkan oleh sekolah kamu.
Tulis faedah-faedah yang kamu peroleh setelah kamu menyertai kem tersebut. Jenis Karangan : Fakta

3 Unit beruniform di sekolah kamu telah mengadakan perkhemahan. Sebagai setiausaha, kamu diminta menulis laporan tentang perkhemahan tersebut.
Tulis laporan itu selengkapnya.
Jeis karangan : Laporan

Saturday 2 July 2011

Peribahasa,ungkapan dan cogan kata

MAKSUD UNGKAPAN , COGAN KATA DAN PERIBAHASA YANG TERDAPAT DALAM BUKU TEKS TAHUN 5
BUKU TEKS HALAMAN 12
1. Sebagaimana acuan, begitulah kuihnya.
Sifat seseorang anak biasanya mengikut kelakuan bapanya.

2. Ukur baju di badan di badan sendiri
Kalau hendak melakukan sesuatu kerja, ikutlah kemampuan diri sendiri.

3. Alah bisa tegal biasa
Sesuatu kerja yang rumit menjadi mudah sekiranya selalu dilakukan.

4. Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung sampan hanyut.
Orang yang malas berusaha akhirnya mendapat susah.

5. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.
Setiap bantuan orang hendaklah kita kenangi.

6. Kerbau dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji.
Janji mesti kita tepati.

7. Ringan tulang , berat perut
Orang yang rajin mudah peroleh rezeki.

8. Melentur buluh biarlah dari rebung.
Kalau kita ingin melihat anak kita bersikap baik, kita mestilah menerapkan nilai murni itu dalam diri mereka sejak kecil .

9. Berani kerana benar, takut kerana salah.
Kalau tidak melakukan perbuatan itu, janganlah kita bimbang.

BUKU TEKS HALAMAN 45

1. Umpama aur dengan tebing
Hidup saling memerlukan antara satu sama lain.

2. Seperti enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing.
Sikap mementingkan diri sendiri.

3. Seperti kera sumbang
Tidak suka bercampur gaul dengan masyarakat.

4. Ringan tulang
Sikap rajin bekerja.

5. Ringan tangan.
Sikap suka membantu atau suka menolong orang.

6. Besar hati.
Bangga.


BUKU TEKS HALAMAN 61

1. Sebatang kara
Tiada sesiapa lagi selain diri sendiri.

2. Bangkai bernyawa
Orang yang kurus kering dan berpenyakit.

3. Hari-hari terakhir.
Hampir menemui ajal.

4. Dunia yang penuh ranjau.
Menghadapi pelbagai cabaran dan halangan.

5. Sesal dahulu pendapatan, sesa kemudian tidak berguna.
Fikir semasak-masaknya sebelum berbuat sesuatu agar tidak menyesal kemudian hari.

6. Gaya hidup sihat.
Cara hidup yang sempurna.

7. Bebas tanpa dadah.
Tidak terpengaruh dengan dadah.

Daisypath Graduation tickers

Daisypath Graduation tickers

PLeaSe LeaVe YouR CoMMeNt At HeRe..

Nasyid/Lagu Pilihan