Titian Ilmu
Membaca Jambatan Ilmu , Bahasa Jiwa Bangsa dan tuntutlah ilmu dunia dan akhirat :)

Monday 27 June 2011

KESALAHAN UMUM TATABAHASA

KESALAHAN EJAAN

Termasuklah penggunaan tanda sempang, ejaan dengan menggunakan huruf kecil atau besar, dieja secara jarak atau rapat atau dieja dengan cara tidak tepat. Contoh kesalahan ejaan:

Ke 15 sepatutnya ke -15
Bahasa Melayu sepatutnya bahasa Melayu
Walaubagaimanapun sepatutnya walau bagaimanapun
Semangat patriotisme sepatutnya semangat patriotik

KESALAHAN IMBUHAN

Melibatkan awalan, apitan, akhiran dan sisipan. Contoh kesalahan imbuhan ialah:

kebaikkan sepatutnya kebaikan
galakkan sepatunya galakan
perlantikan sepatutnya pelantikan
pensejagatan sepatutnya penyejagatan
membaca sepatutnya membacakan
menghadiahi sepatutnya menghadiahkan

KESALAHAN BAHASA

Melibatkan kesalahan frasa, klausa atau struktur ayat . Contoh kesalahan bahasa ialah:

Kredit kad sepatutnya kad kredit
Saya akan tulis sepatutnya akan saya tulis
mereka naiki sepatutnya dinaiki oleh mereka
dari masa ke semasa sepatutnya dari semasa ke semasa
paling cantik sekali sepatutnya paling cantik atau cantik sekali.

KESALAHAN KATA ATAU ISTILAH
Melibatkan penggunaan kata atau istilah yang tepat. Contoh kesalahan kata ialah:

berlabuh (kapal) atau berhenti (bas)
makan (orang biasa) atau santap (raja)
kata sendi nama pada atau kepada,
insentif atau intensif

KARANGAN JENIS CATATAN

Contoh Karangan Diari/ Catatan

Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tulislah catatan lengkap tentang aktiviti sambutan Hari Guru yang telah dijalankan pada hari tersebut.

ISNIN, 16 MEI 2011

7.45 pagi
Semua guru diarak ke dewan diiringi kumpulan kompang sekolah bagi meraikan sambutan Hari Guru 2011 . Semua guru mengambil tempat masing-masing dan kelihatan ceria.

8.00 pagi
Acara dimulakan dengan ucapan daripada Guru Besar . Seterusnya, Puan Hasmah membaca perutusan Yang Berhormat Menteri Pelajaran dan Encik Nordin pula membaca perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

8.45 pagi
Sukaneka dimulakan dengan acara “Simpul Kasih” . Selain itu, terdapat pelbagai acara sukaneka lain yang menarik . Perlawanan bola jaring turut diadakan antara murid dan guru.

10.00 pagi
Majlis berhenti rehat. Murid-murid dan para guru menikmati ais krim dan pelbagai jenis kuih muih .

10.30 pagi
Acara persembahan diadakan di dewan sekolah. Beberapa orang murid dan guru mengambil bahagian dalam acara nyanyian dan lakonan . Setiap persembahan mendapat tepukan gemuruh daripada semua murid.

11.45 pagi
Upacara penyampaian hadiah bagi acara sukaneka . Kumpulan 5 telah menjadi johan bagi keseluruhan acara. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG,Encik Zakaria.

12.45 tengah hari
Semua murid dibenarkan balik . Para guru diraikan pula dalam satu jamuan makan tengah hari sempena Hari Guru. Acara pertukaran hadiah turut diadakan bagi memeriahkan acara.

Daisypath Graduation tickers

Daisypath Graduation tickers

PLeaSe LeaVe YouR CoMMeNt At HeRe..

Nasyid/Lagu Pilihan