Titian Ilmu
Membaca Jambatan Ilmu , Bahasa Jiwa Bangsa dan tuntutlah ilmu dunia dan akhirat :)

Tuesday 17 May 2011

Tafsiran Nilai Murni


  BAIK HATI
  -  Belas kasihan (Bersimpati terhadap kesesusahan orang lain)
  -  Bertimbang rasa (Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain apabila
     membuat sesuatu tindakan)
  -  Murah hati (Memberi bantuan secara ikhlas kepada mereka yang
     memerlukannya)
  -  Saling memahami (Sanggup memberi dan menerima pandangan serta
     memahami perasaan dan keperluan masing-masing)
  -  Saling bermaafan (Sanggup meminta maaf dan memberi kemaafan)

  BERDIKARI
  -  Berupaya bertindak sendiri (Sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa
     mengharapkan orang lain)
  -  Yakin pada diri sendiri (Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup
     mencuba)

  HEMAH TINGGI
  -  Kesopanan (Berbudi bahasa dan beradab dalam  pergaulan)
  -  Mengakui kesalahan sendiri (Sedia mengaku kesilapan diri sendiri serta 
     sanggup menerima nasihat)
  -  Ramah mesra (Sedia bergaul mesra dengan semua orang)

  HORMAT-MENGHORMATI
  -  Ibu bapa (Memuliakan dan mentaati ibu bapa)
  -  Ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga dan pemimpin
     (menunjukkan rasa hormat kepada kumpulan tersebut dengan memberi
     layanan yang baik)
  -  Institusi kerajaan dan Negara (Menerima dan hormat kepada kerajaan        
     serta lambang-lambang kebesaran negeri)
  -  Kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan (Menghormati              
     kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia)
  -  Patuh kepada undang-undang negara (Mematuhi undang-undang yang telah
     ditentukan tanpa mengira di mana seseorang itu berada)
  -  Patuh kepada ketepatan masa (Menepati waktu dan menggunakan masa
     dengan berfaedah)

  KASIH SAYANG
  -  Sayang diri sendiri dan orang lain (Menyayangi diri sendiri dan orang lain)
  -  Sayang akan alam sekitar (Memelihara dan memulihara  kehidupan flora dan
     fauna untuk kesejahteraan hidup)

  KEADILAN
  -  Adil (Membuat pertimbangan secara objektif, menyeluruh dan bersesuaian)
  -  Saksama (Tidak berat sebelah dalam sesuatu tindakan dan keputusan sama
     ada dalam memberikan ganjaran atau hukuman)

  KEBEBASAN
  -  Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batas peraturan dan
     undang-undang yang tersurat dan tersirat dalam keluarga, sekolah, komuniti,
     masyarakat, negara dan agama

  KEBERANIAN
  -  Berani mencuba (Berani melakukan sesuartu perkara yang baru dan
     mencabar untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil risiko
     yang akan dihadapi)
  -  Berani kerana benar (Berani mempertahankan sesuatu yang diakui
     sebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata)

  KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL
  -  Kebersihan diri (Kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu
     untuk hidup sihat)
  -  Kebersihan persekitaran (Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan
     bebas daripada kekotoran dan pencemaran)
  -  Kebersihan mental (Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu
     diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan orang lain)

  KEJUJURAN
  -  Amanah (Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan
     dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain)
  -  Bercakap benar (Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah
     atau berselindung)
  -  Ikhlas (Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan)      
  KERAJINAN
  -  Daya usaha (Berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif dan
     inovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti.)
  -  Dedikasi (Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara
     yang berfaedah)

  KERJASAMA
  -  Gotong-royong (Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan
     sukarela)
  -  Toleransi (Bertolak ansur serta dapat mengawal diri untuk mengelakkan
     berlakunya perselisihan)
  -  Perpaduan  (Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga,
     masyarakat, negara dan antarabangsa)

  KESEDERHANAAN
  -  Pertuturan dan perlakuan yang sederhana (Bertutur dan berkelakuan yang
     tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau menimbulkan
     kemarahan orang lain)
  -  Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan       
     orang lain (Membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya Memuaskan diri
     sendiri dan orang lain)

  KESYUKURAN
  -  Berterima kasih (Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan
     penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan dan pemberian)

  PATRIOTISME
  -  Semangat cintakan negara (Mempunyai semangat yang tinggi untuk menjaga
     keselamatan, nama baik negara)

  RASIONAL
  -  Membuat pertimbangan (Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu
     perkara sebelum membuat keputusan)

  SEMANGAT BERMASYARAKAT
  -  Bermuafakat (Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu
     pekerjaan bagi kepentingan bersama)
  -  Kejiranan (Berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong, dan bekerjasama
     dengan jiran tetangga)
  -  Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat (Menyedari masalah
     masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya)         



Ucapan Wakil Murid Sempena Hari Guru


Yang berusaha Puan Junaidah bt Tahir, Guru Besar Sek. Keb Sungai Petani. Yang dihormati, PK Kurikulum, Puan Hasmah bt Ismail, PK Hal Ehwal Murid, Puan Zaiton bt Ramli, PK Kokurikulum Encik  Barathi A/L Perumal , PK Petang, Encik  Noordin bin Abdullah, barisan guru-guru yang diraikan seterusnya para pelajar yang saya hormati sekalian.Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi, kerana dengan limpah kurniaNYA, dapat kita berhimpun pada hari ini bagi meraikan insan yang telah berusaha keras, mengerah kudrat,memerah keingat dalam usaha menurunkan ilmu kepada kita semua. Merekalah guru-guru berjasa yang amat kita sayangi.
Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,
Perlu kita ingat bahawa gurulah titik awal pengaliran ilmu di dalam diri kita. Peranan guru bukan sahaja untuk menurunkan ilmu bahkan berperanan membentuk sahsiah dan akhlak kita semua .Seorang guru bolehlah dianggap  adalah seorang jurutera sosial kerana bidang pendidikan adalah peneraju dalam membangunkan modal insan yang berpengetahuan,berkemahiran dan berperibadi mulia.Justeru, sesuailah pemilihan tema pada tahun ini iaitu, “ Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”
Rakan-rakan sekalian,
Hormatilah guru yang telah banyak berjasa, berbakti dan mencurahkan ilmu pengetahuan. Guru boleh diibaratkan sebagai ibu bapa kita yang kedua yang berupaya mencorakkan masa depan kita. Patuhilah arahan mereka dan amalkanlah tunjuk ajar dan nasihat untuk panduan hidup kita.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru yang mengajar saya dan rakan-rakan dengan usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan dan penuh dedikasi . Terima kasih cikgu! Pengorbanan dan segala jasa cikgu akan terpahat dalam hati  selagi hayat dikandung badan. Seterusnya, maafkan kami atas kekasaran ,segala salah laku dan  sesuatu yang mengguris perasaan cikgu. Sesungguhnya kami ini insan yang masih memerlukan bimbingan daripada guru-guru semua.
Hadirin sekalian,
Sambutan Hari Guru amat bermakna kepada semua warga pendidik. Hari Guru bukan sahaja meraikan jasa dan pengorbanan guru-guru, tetapi juga menjadi dorongan kepada semua warga pendidik untuk terus memperjuangkan dan meningkatkan kualiti mengajar. Hal yang demikian dapat meningkatkan bilangan ilmuwan di negara kita.
Seterusnya, mari kita panjatkan doa  agar SKSP terus cemerlang dan lebih gagah menghadapi cabaran serta mencapai visi kita dalam melahirkan modal insan yang berdikari, berwaja diri dan berjasa kepada negara. Bersama kita berpadu tenaga, warga pendidik, para ibu bapa dan murid-murid meneruskan usaha murni ini. Semoga segala pengorbanan guru ini akan menjadi amal soleh yang akan memberikan pahala yang berterusan dan berkekalan.
Sebelum mengakhiri ucapan ini, izinkan saya membacakan  beberapa bait kata daripada sajak nukilan Usman Awang.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

“Teachers that love to teach.....Create kids that love to learn ....
“Guru yang suka mengajar ....akan melahirkan murid yang suka belajar”
Akhir kata  daripada saya, “Terima kasih cikgu! “




Daisypath Graduation tickers

Daisypath Graduation tickers

PLeaSe LeaVe YouR CoMMeNt At HeRe..

Nasyid/Lagu Pilihan